Thursday, August 12, 2010

Pembelajaran Secara Maya...

Pembelajaran secara maya merupakan aliran terkini penggunaan komputer dalam pendidikan pada masa ini.Penggunaannya untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai belajar dari komputer.Apabila pelajar menggunakan forum atau berkomunikasi secara maya melalui media elektronik seperti portal pendidikan yang disediakan,konsep belajar dengan komputer diaplikasikan(Norzaini Azman dan Mohammed Sani Ibrahim,2007).

Pada awalnya,agak sukar untuk saya menerima pembelajaran secara maya ini.Hal ini kerana saya bukanlah pelajar yang datang dari golongan sosial yang tinggi atau pelajar dari bandar iaitu mereka yang telah lama didedahkan dengan kemudahan ICT dan teknologi.Disebabkan itu,saya menganggap bahawa pembelajaran secara maya ini terlalu sukar dan tidak sesuai dengan diri saya.Namun begitu,saya perlu sedar bahawa pada zaman ini jika kita tidak mahu ke hadapan atau berusaha untuk memajukan diri seperti orang lain itu adalah perkara yang merugikan.Saya juga perlu sedar bahawa bidang yang saya ceburi di universiti ini iaitu bidang pendidikan memerlukan saya menguasai banyak bidang terutama bidang ICT agar pada masa akan datang saya mampu menjadi seorang guru yang berkesan...

No comments:

Post a Comment