Tuesday, August 24, 2010

ICT Dalam Pendidikan...

ICT merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperoleh,menyimpan,dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,suara,imej dan grafik,animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat eletronik(Aliza,2004).ICT merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan,menghubung,memproses,mencipta dan menyampaikan maklumat(Abdul Razak,Yazrina,Mohd Shanudin & Mohd Zamri 2000).Dalam dunia yang semakin digital,institusi moden,organisasi perniagaan,kerajaan,mahkamah,organisasi sukan,institusi pendidikan,universiti,dan lain-lain amat memerlukan penggunaan pemprosesan perkataan,hamparan elektronik,pengurusan fail,penggunaan grafik,pencarian maklumat,penggunaan mel elektronik(e-mel),penggunaan perisian,penggunaan pangkalan data dan lai-lain berorientasikan maklumat(Zoraini Wati 1993).Sekolah yang tidak menyediakan pelajar-pelajarnya untuk menggunakan aplikasi tersebut adalah dianggap gagal dalam mencapai misi pendidikan(Aliza,2004).Hal ini menjelaskan bahawa ICT semakin penting dalam kehidupan seharian..

No comments:

Post a Comment