Tuesday, August 24, 2010

ICT Dalam Pendidikan...

ICT merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperoleh,menyimpan,dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,suara,imej dan grafik,animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat eletronik(Aliza,2004).ICT merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan,menghubung,memproses,mencipta dan menyampaikan maklumat(Abdul Razak,Yazrina,Mohd Shanudin & Mohd Zamri 2000).Dalam dunia yang semakin digital,institusi moden,organisasi perniagaan,kerajaan,mahkamah,organisasi sukan,institusi pendidikan,universiti,dan lain-lain amat memerlukan penggunaan pemprosesan perkataan,hamparan elektronik,pengurusan fail,penggunaan grafik,pencarian maklumat,penggunaan mel elektronik(e-mel),penggunaan perisian,penggunaan pangkalan data dan lai-lain berorientasikan maklumat(Zoraini Wati 1993).Sekolah yang tidak menyediakan pelajar-pelajarnya untuk menggunakan aplikasi tersebut adalah dianggap gagal dalam mencapai misi pendidikan(Aliza,2004).Hal ini menjelaskan bahawa ICT semakin penting dalam kehidupan seharian..

Thursday, August 12, 2010

Pembelajaran Secara Maya...

Pembelajaran secara maya merupakan aliran terkini penggunaan komputer dalam pendidikan pada masa ini.Penggunaannya untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai belajar dari komputer.Apabila pelajar menggunakan forum atau berkomunikasi secara maya melalui media elektronik seperti portal pendidikan yang disediakan,konsep belajar dengan komputer diaplikasikan(Norzaini Azman dan Mohammed Sani Ibrahim,2007).

Pada awalnya,agak sukar untuk saya menerima pembelajaran secara maya ini.Hal ini kerana saya bukanlah pelajar yang datang dari golongan sosial yang tinggi atau pelajar dari bandar iaitu mereka yang telah lama didedahkan dengan kemudahan ICT dan teknologi.Disebabkan itu,saya menganggap bahawa pembelajaran secara maya ini terlalu sukar dan tidak sesuai dengan diri saya.Namun begitu,saya perlu sedar bahawa pada zaman ini jika kita tidak mahu ke hadapan atau berusaha untuk memajukan diri seperti orang lain itu adalah perkara yang merugikan.Saya juga perlu sedar bahawa bidang yang saya ceburi di universiti ini iaitu bidang pendidikan memerlukan saya menguasai banyak bidang terutama bidang ICT agar pada masa akan datang saya mampu menjadi seorang guru yang berkesan...

Saturday, August 7, 2010

Cara-cara membuat 2 atau lebih blog dalam satu akaun..

Anda boleh membuat blog lebih daripada satu dalam satu akaun.Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan kita mengasingkan segala maklumat yang ingin dikongsikan.Sebagai pelajar universiti,kita boleh membuat blog bagi setiap kursus diambil.Hal ini memudahkan kita membuat rujukan dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain..Oleh itu,marilah kita bersama-sama memanfaatkan segala kemudahan yang ada pada zaman ict ini..

langkah-langkah..
1)anda hendaklah sign in terlebih dahulu..
2)kemudian klik creat a blog di bahagian kanan..
3)di sini anda dikehendaki memilih dan menulis tajuk yang bersesuaian dengan tajuk isu anda..
4)anda juga perlu memilih dan menulis nama yang sesuai dengan blog baru anda..
5)selepas itu,ikuti langkah seterusnya..
6)setelah selesai,bolehlah anda memulakan penulisan di blog baru anda..

selamat mencuba..